Friday, October 24, 2014
Sotong Kecil Kering Dari Sabah
Siapa kenal nama sotong di atas? (WMJ saya pendekkan jadi MJ je ye). MJ sebenarnya taktau jenis sotong ni sotong apa, tapi MJ panggil sotong kecil kering sahaja. MJ beli sotong ni di pasar philipine di Kota Kinabalu Sabah haritu (maaf MJ tak sempat lagi nak tulis artikel ke sana). Sotong ni harganya RM35 sekilo. MJ pun tak pernah beli, so MJ pun belilah nak merasa macam mana.
Hariini MJ cuba masak sambal menggunakan sotong ini. Pastikan masak tak perlu letak garam ye, sebab sotong ni dah masin. Sebelum masak sotong ni, MJ rendamkan sekejap.
Lauk yang kedua adalah labu masak lemak sotong. MJ sahaja letakkan sotong ni dalam labu ni, nak try test kononnya. Oklah, rasa lemak-lemak sotong tu ada. sesiapa nak cuba, bolehlah beli sotong kering ini ye, kalau nak guna sotong kering yang lain pun ok. Cuma sotong ni yang bestnya ade telur kat dalam katanya. MJ telan jelah cuma bab yang bahagian hitam (macam ink) tu yang MJ tak makan. Ok, selamat mencuba.
Friday, October 17, 2014
Kebaikan Peria
Anda pernah makan
peria? Mesti ramai yang tidak menggemarinya kan? Kerana apa, kerana rasanya
yang pahit. Tetapi kepada sesiapa yang suka makan ulam-ulaman macam saya pasti
tidak menolak untuk memakan peria ini, kerana khasiat yang banyak didalamnya.
Disini MJ nak
ceritakan serba sedikit tentang sayuran ini. Peria atau nama saintifiknya ialah
Moordica charantia, ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar
perubatan moden. Walaupun berasa pahit
dan ramai yang tidak suka akan sayur ini, ternyata ia memunyai banyak kebaikan.
Antara khasiat yang terdapat dalam sayur ini ialah ia mengandungi protein,
lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.
Kebaikan peria
Air rebusan peria digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.
Bagi yang mengalami buasir, anda disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat yang terkena buasir.
Bagi pengidapkencing manis pula, anda disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi menjaga kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah, caranya ialah minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan.
Bagi wanita yang baru bersalin pula, diyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, kerana wanita yang melahirkan anak semestinya banyak kehilangan darah.
Pakar perubatan cina pula menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang lewat.
Peria juga dikatakan member manfaat dalam penjagaan kulit. Peria dapat menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana peria mengadungi cirri penulenan darah.
Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Apa yang perlu dilakukan ialah mencampurkan segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 – 6 bulan.
Antara khasiat
yang lain ialah :-
Jus yang diperbuat
dari peria boleh mengubati arthritis, demam panas, masalah hati, reumatisme,
asma, membunuh cacing dalam perut dan usus, bengkak usus serta mengurangi
masalah kaum wanita.
Ia juga membantu
melawaskan pembuangan air besar.
Buah yang dimakan atau direbus dijadikan sebagai ubat antimikrob, antitumor, melegakan cirit-birit, mengecutkan otot, merawat kulit terbakar, kencing manis dan sakit perut.
Kepada sesiapa yang ingin menjadikan sebagai salah satu hidangan makanan anda, anda bolehlah merendam ia kedalam air garam sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa pahit. Selamat mencuba.
Saturday, October 11, 2014
Kebaikan Mas Cotek
- Memperbaiki kerosakan urat saraf
- Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan
pintu rahim bagi wanita selepas bersalin
- Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Merawat penyakit pneumonia
- Mampu merawat migrain, resdung, diabetes,
gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
- Kandungan flavonoid yang tinggi dapat
mengekalkan keayuan dan awet muda, mencantikkan serta melicinkan kulit
- Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
- Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
- Membantu masalah keputihan bagi wanita
- Melancarkan peredaran haid
- Buasir
- Senggugut
- Sakit lutut
- Demam atau selsema
Sunday, September 15, 2013
Karipap pusing
Salam semua. Lamanya WMJ tak post apa-apa disinikan. Rasa malas nak menaip pun ada. Idea ada, tapi WMJ sibuk sikit sebelum ni, ialah sibuk dengan persiapan raya, bila sudah tiba raya pula banyak hadiri jemputan Open House & buat Open House dirumah sendiri pun ada juga hi hi..
Mengenai gambar di atas, saja WMJ menempel disini. Minggu lepas WMJ saja buat karipap pusing ni. Ini kira pertama kalilah WMJ buat. Alhamdulillah jadilah juga walaupun tak berapa sempurna. WMJ cubalah cari-cari resepi di blog-blog yang ada. Karipap yang WMJ buat ni memang rapuh betul, terlebih marjerin lah ni, tapi kalau ikut sukatan yang diberi memang betul. Tetapi takpe, kita belajar dari pengalaman untuk membuat yang lebih baik. Takkan buat sekali dah pro kan. Kalau karipap biasa memang selalulah WMJ buat. Cuma kali ni WMJ nak cuba buat karipap pusing ni sendiri, jadi tak ianya berpusing ha ha...
Kira menjadilah karipap ini, sebab anak-anak WMJ makan sampai habis. Malam terus tak nak makan nasi sebab dah kekenyangan makan karipap ni. Seronok rasanya bila anak-anak suka makan apa yang kita masak. Puan-puan, adik-adik yang nak buat silakanlah. Buatnya taklah rumit sangat. Dulu WMJ tengok cara diaorang buat memang terasa rumit dan payah. Tapi bila kita dah cuba buat sendiri taklah rumit sangat sebenarnya. Cuma mengambil masa sedikitlah dari masa kita buat karipap biasa. Bila kita dah dapat buat sendiri memang puas hatilah. Kalau kawan-kawan nak cuba, carilah resepi ini di google ye. Gambar & cara-cara nak menyediakannya pun ada ditunjukkan. Selamat mencuba & memasak...
Tuesday, July 30, 2013
AYAM RAMBU RAMBA
Salam semua. Hari ini WMJ nak bercerita tentang resepi yang WMJ olah sendiri. Tapi tak tahulah kalau ada yang pernah masak serupa begini. Tapi yang pasti WMJ masak mengikut hati sendiri. Mengapa ayam rambu ramba? sebenarnya WMJ sahaja letak nama demikian bagi melambangkan apa yang WMJ telah sediakan hariitu... ha ha...
Idea ini tercetus bila WMJ tidak tahu apakah yang harus dimasak untuk berbuka puasa nanti. Bila WMJ buka peti sejuk, terus WMJ belek dan lihat apa yang ada didalamnya. Emm... inilah hasilnya.. Ada yang ingin resepi ini? WMJ tidak tahulah jika gambar ini bagus dipandangan anda semua. Kalau ada yang berminat silalah salin ..
Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil & digoreng dengan serbuk kunyit serta sedikit tepung gandum (ikut berapa banyak isi ayam yang anda inginkan)
1 biji lada benggala (dipotong dadu)
1 biji bawang holand (dihiris memanjang)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
Nenas (WMJ guna yang dalam tin sahaja)
Cara memasak:
1. Panaskan kuali & tuangkan sedikit minyak sayuran (minyak apa-apapun boleh)
2. Tumiskan bawang putih & bawang holland sehingga layu.
3. Masukkan ayam, nenas dan lada benggala
4. Tuangkan sedikit air, gula, garam & bahan perasa (jika mahu).
5. Gaulkan sama rata dan biarkan ia sedikit kering.
Itu sahaja.. senang dan mudahkan. bagi anda yang pening kepala dan tidak tahu menu apa nak dimasak bolehlah gunakan resepi ini untuk tambahan lauk atau nak sediakan menu ini sahaja pun sudah memadai. Sedap dimakan dengan nasi kosong yang menggunakan beras wangi.
Monday, July 15, 2013
PEMANDANGAN DARI ATAS KERETA KABEL DI LANGKAWI

Ini adalah gambar Feri yang akan kami naiki. Feri ni ada 3 lapisan tempat duduk, tiga tingkat kiranya. Feri ini boleh memuatkan 500 orang setiap kali perjalanan. Besarkan... pada tahun 2005 yang lepas, WMJ datang kesini hanya menaiki feri kecil sahaja. Bila masuk didalamnya terasa sangat sejuk tidak terkata. Semalam suami WMJ demam, tetapi pagi tu dah sihat sedikit, bila menaiki feri dalam keadaan sejuk begini suami WMJ terus demam semula. Kesian WMJ melihatkan. Kali ini kami dapat tempat duduk dibawah sekali. Disitu memang tak nampak apa-apalah, hanya mendengar cerita dari TV tapi tak boleh melihat kerana TV hanya ada ditingkat atas.
Ini adalah gambar pemandangan dari dalam kereta kabel. Gambar ini dirakam ketika kami ingin turun ke stesyen. Ini adalah kali ketiga kami datang kesini. Atas permintaan kami bawalah keluarga kami yang belum pernah sampai kesini. Kali terakhir kami pergi kesini adalah pada tahun 2007. Banyak juga perubahan di Langkawi ini. Jika anda kesini seharusnya luangkan masa selama dua atau tiga hari penuh untuk memusing satu langkawi ini. Banyak aktiviti yang boleh anda ikuti disana.
Cantikkan pemandangan disini. Jika anda ingin kesini pada hari biasa, masa lawatan adalah pukul 9.30 pagi yer. Pada hari minggu pula, ianya dibuka seawal jam 9 pagi. Pada masa ini WMJ pergi masa cuti sekolah. MasyaAllah makhluk Allah yang bernama manusia memang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Kalau anda tidak mahu berasak dan ingin privacy sedikit buatlah perancangan bukan pada hari cuti sekolah... Sekian untuk kali ini.
Friday, July 12, 2013
MERENTAS SEMPADAN MALAYSIA
Hari yang ketiga pula WMJ jenjalan ke sempadan lain pula iaitu di WANG KELIAN. Jalannya melalui anak-anak bukit dan berliku-liku macam ular kena palu..hu hu.. nasib baik tidak pening kepala.. Kami ingat kami je yang jalan ke situ, sekali dah sampai ke satu selekoh banyak pula kenderaan di depan dah macam rombongan pun ada.
Signboard ni masih berada di lingkungan kawasan negeri Perlis lagi. Mungkin ada antara anda telah sampai kesinikan. Katanya pasar ni hanya boleh dimasuki tanpa pass pada hari Ahad sahaja.
Berjalan sepanjang 500 meter, sampailah ke sempadan siam. Penat gak berjalan, nasib baik haritu tidak terlalu panas. Yang menyebabkan letih sangat sebab mendukung anak WMJ yang berumur 2 tahun setengah tu. Sabar jelah... hendak kata borong sakan tidak jugalah. Hanya untuk melihat-lihat keadaan disana sahaja. Yang bestnya dapat makan aiskrim buatan orang Siam (homemade). Aiskrim tersebut dimasukkan kedalam mangkuk dan ditaburi dengan jagung, kacang, buah-buahan yang dipotong dadu, dah macam makan ABC pun ada. Tapi memang terbaiklah... Di Malaysia WMJ tidak jumpa lagi aiskrim sebegitu. Lepasni bolehlah WMJ buka kedai buat aiskrim sama macam tu. Ha ha...
Hendak keluar dari sempadan nanti jumpalah papan tanda ini.
sambung lagi di episod akan datang.. hi hi stay tuned...
Tuesday, July 9, 2013
SALAM RAMADHAN
Salam kepada semua yang sudi membaca artikel WMJ. WMJ juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia ini terutama rakan-rakan yang berada di Malaysia ini. Apa yang WMJ harapkan semoga ibadah yang kita lakukan akan diterima olehNya. Dan juga berharap kita semua boleh menjadi lebih baik dari semalam. Rebutlah peluang yang ada dengan menggandakan amalan yang datang hanya setahun sekali selama sebulan ini, selagi kita bernafas di bumi Allah yang fana ini (syukur Alhamdulillah).
Malam ni jangan lupa niat untuk sebulan yer, manalah tahu ada hari-hari yang kita terlupa untuk berniat bolehlah cover untuk hari tersebut.. hi hi..SELAMAT BERSAHUR KEESOKAN PAGI. Assalamualaikum...
Sunday, July 7, 2013
Pemandangan dari Bukit Bendera
Ini adalah gambar train dari Bukit Bendera. Train ini sebenarnya ada 2 biji sahaja. Ia hanya jalan ke atas dan kebawah sahaja. Takde corner2..straight jer. Ia akan berhenti sekejap untuk tukar landasan kerana bagi laluan untuk train lagi satu berjalan.
Ini adalah gambar train yang sudah sampai kedestinasi iaitu Bukit Bendera. Nampak tak ianya senget, ha ha...bukan senget ketepi yer tapi senget ke atas. Beginilah rupanya... ramai yang sibuk nak duduk kat depan sekali sebab nak tengok suasana ketika train ini turun. WMJ juga tak terkecuali, tapi dapat tengok secara meluas, sebab kat depan terlalu ramai orang termasuklah apek2 entah dari mana hu hu...
Ini pula gambar pemandangan dari atas Bukit Bendera.. nampaklah 1/4 dari Pulau Pinang ni. Masa ni tgh waktu petang yer. Kat atas ni taklah sejuk sangat. Ketinggian Bukit Bendera ni lebih kurang 830 meter dari paras laut.
Dari sini juga kita dapat lihat pemandangan Jambatan Pulau Pinang. uuu begitu rupanya yer...mm..cantik tak? Kat atas ada lagi tempat menarik.. tapi WMJ malas nak naik keatas lagi... want to rest... banyak lagi perjalanan nak ditempuhi..... dapat naik Bukit Bendera ni dah kira oklah.. sampai juga kitaorang kesini.. anda sudahker? klu nak kongsi pengalaman kat sini pun boleh juga..WMJ on jer...
Wednesday, July 3, 2013
hai..
Wednesday, June 12, 2013
Jalan-jalan ke Penang
Hai, salam kepada semua. Lamanya WMJ tak menulis di blog ini. Sejak bercuti dekat 2 minggu ni, macam2 kerja perlu dilakukan, dirumah di tempat kerja. Rasanya tak pernah habis kerja2 ni yerk.
So, pertama sekali WMJ nak ceritakan sedikit pengalaman WMJ sepanjang percutian kami. Hari khamis yang lalu, ibu dan bapa mertua serta adik ipar dan suami dan juga anak sedaraku yang kiut itu sampai kerumah kami kerana ingin mengikuti bersama dalam percutian ini. Tapi kasihan, ibu mertuaku tidak berasa sihat.
Keesokan harinya, hari yang ditunggu2 tiba jua untuk kami meneruskan misi kami. Tetapi anak sedara kami pula yang demam.. hai... apa boleh buat, mungkin cuaca sekarang tidak menentu. Tetapi kami meneruskan jua misi kami.
Sampai ke Penang, kami terus check-in ketempat yang telah ditempah sebulan awal, almaklumlah cuti sekolah nikan.. Petang itu, kami bergerak ke Bukit Bendera tanpa ibu dan bapa mertuaku (bagi mereka rehat), inilah kali pertama WMJ sampai. Pertama kali sampai ke Penang ini dulu pada tahun 2004 kami tidak dapat sampai ke Bukit Bendera, ini adalah kerana kami kehilangan panduan dan tunjuk arah kedestinasi. hu hu...kesiankan...
Pada keesokan harinya (hari ke-2), apalagi kalau dah sampai ke Penang ni kalau tak cari JERUK memang tak sahkan. WMJ boronglah apa yang patut untuk dibawa balik sebagai ole2. Selepas itu, kami cuba untuk tidak melalui jambatan Pulau Pinang, ini kerana kami ingin merasa naik Feri pula. Ini juga kali pertama WMJ menaiki Feri pengangkutan setelah kali ketiga jejak ke Penang ini. Gambar di atas adalah ketika kami ingin dan sedang menaiki Feri.. hu hu..(cerita selanjutnya.. tunggu....)
Friday, May 17, 2013
merah jambu write
Salam, saya perkenalkan diri dahulu disini. Nama saya Ain. Saya tinggal di Cheras sejak tahun 2004 lagi. Saya berasal dari Johor dan saya sudah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak yang comel. Sebenarnya saya taklah pandai menulis. Tapi saya suka mencuba benda yang baru.
Mengapa nama blog saya wanita merah jambu, mesti anda dah dapat agakkan.. Saya memang meminati warna merah jambu, selain warnanya yang lembut, ia juga melambangkan keperibadian seseorang. Oleh yang demikian saya ingin membahasakan diri saya di sini sebagai WMJ sahaja.
Siapa diantara anda diluar sana yang meminati warna merah jambu angkat tangan..... hi hi... Kita sekepala... Tapi WMJ taklah terlalu fanatik dengan warna ini. Pernah suatu hari WMJ pernah lihat di kaca TV rancangan apa yer, fanatik kot. Orang ni suka sangat dengan warna purple, kesemuanya harus warna purple. Dari segi pakaian, sarung kerusi, pinggan, dapur, langsir, beg, aksesori dalam rumah termasuk gincu juga HARUS warna purple.. iskh...iskh.... ada gak yang fanatik cmtu yer... Takpelah mungkin minat dan hobi bersatu, begitulah jadinya.... Kepada anda yang di luar sana nak berkongsi cerita dengan WMJ pasal warna, jangan malu jangan segan boleh menulis kepada WMJ yer. WMJ suka untuk berkongsi cerita.
Sekian sahaja untuk hari ini, jika ada perkataan yang WMJ tersalah tulis atau sebagainya, WMJ minta maaf yer. Almaklumlah mak budak baru belajar, kalau salah harap maklumkan. Hi hi.. Semoga bertemu kembali. InsyaAllah jika WMJ ada kelapangan, WMJ akan menulis lagi di lain hari. Jangan bosan pula yer mendengar celoteh WMJ ni. Terima kasih.
.jpg)






