Friday, October 17, 2014

Kebaikan Peria

 

Anda pernah makan peria? Mesti ramai yang tidak menggemarinya kan? Kerana apa, kerana rasanya yang pahit. Tetapi kepada sesiapa yang suka makan ulam-ulaman macam saya pasti tidak menolak untuk memakan peria ini, kerana khasiat yang banyak didalamnya.

    Disini MJ nak ceritakan serba sedikit tentang sayuran ini. Peria atau nama saintifiknya ialah Moordica charantia, ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.  Walaupun berasa pahit dan ramai yang tidak suka akan sayur ini, ternyata ia memunyai banyak kebaikan. Antara khasiat yang terdapat dalam sayur ini ialah ia mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.


Kebaikan peria

    Air rebusan peria digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

  • Bagi yang mengalami buasir, anda disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat yang terkena buasir.

  • Bagi pengidapkencing manis pula, anda disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi menjaga kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah, caranya ialah minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan.
    Bagi wanita yang baru bersalin pula, diyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, kerana wanita yang melahirkan anak semestinya banyak kehilangan darah.

  • Pakar perubatan cina pula menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang lewat.

  • Peria juga dikatakan member manfaat dalam penjagaan kulit. Peria dapat menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana peria mengadungi cirri penulenan darah.

  • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Apa yang perlu dilakukan ialah mencampurkan segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 – 6 bulan.

     

Antara khasiat yang lain ialah :-

Jus yang diperbuat dari peria boleh mengubati arthritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus, bengkak usus serta mengurangi masalah kaum wanita.

Ia juga membantu melawaskan pembuangan air besar.

Buah yang dimakan atau direbus dijadikan sebagai ubat antimikrob, antitumor, melegakan cirit-birit, mengecutkan otot, merawat kulit terbakar, kencing manis dan sakit perut. 


Kepada sesiapa yang ingin menjadikan sebagai salah satu hidangan makanan anda, anda bolehlah merendam ia kedalam air garam sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa pahit. Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment