Friday, October 24, 2014

Sotong Kecil Kering Dari Sabah


Siapa kenal nama sotong di atas? (WMJ saya pendekkan jadi MJ je ye). MJ sebenarnya taktau jenis sotong ni sotong apa, tapi MJ panggil sotong kecil kering sahaja. MJ beli sotong ni di pasar philipine di Kota Kinabalu Sabah haritu (maaf MJ tak sempat lagi nak tulis artikel ke sana). Sotong ni harganya RM35 sekilo. MJ pun tak pernah beli, so MJ pun belilah nak merasa macam mana.



Hariini MJ cuba masak sambal menggunakan sotong ini. Pastikan masak tak perlu letak garam ye, sebab sotong ni dah masin. Sebelum masak sotong ni, MJ rendamkan sekejap.



Lauk yang kedua adalah labu masak lemak sotong. MJ sahaja letakkan sotong ni dalam labu ni, nak try test kononnya. Oklah, rasa lemak-lemak sotong tu ada. sesiapa nak cuba, bolehlah beli sotong kering ini ye, kalau nak guna sotong kering yang lain pun ok. Cuma sotong ni yang bestnya ade telur kat dalam katanya. MJ telan jelah cuma bab yang bahagian hitam (macam ink) tu yang MJ tak makan. Ok, selamat mencuba.

Friday, October 17, 2014

Kebaikan Peria

 

Anda pernah makan peria? Mesti ramai yang tidak menggemarinya kan? Kerana apa, kerana rasanya yang pahit. Tetapi kepada sesiapa yang suka makan ulam-ulaman macam saya pasti tidak menolak untuk memakan peria ini, kerana khasiat yang banyak didalamnya.

    Disini MJ nak ceritakan serba sedikit tentang sayuran ini. Peria atau nama saintifiknya ialah Moordica charantia, ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.  Walaupun berasa pahit dan ramai yang tidak suka akan sayur ini, ternyata ia memunyai banyak kebaikan. Antara khasiat yang terdapat dalam sayur ini ialah ia mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.


Kebaikan peria

    Air rebusan peria digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

  • Bagi yang mengalami buasir, anda disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat yang terkena buasir.

  • Bagi pengidapkencing manis pula, anda disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi menjaga kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah, caranya ialah minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan.
    Bagi wanita yang baru bersalin pula, diyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, kerana wanita yang melahirkan anak semestinya banyak kehilangan darah.

  • Pakar perubatan cina pula menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang lewat.

  • Peria juga dikatakan member manfaat dalam penjagaan kulit. Peria dapat menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana peria mengadungi cirri penulenan darah.

  • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Apa yang perlu dilakukan ialah mencampurkan segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 – 6 bulan.

     

Antara khasiat yang lain ialah :-

Jus yang diperbuat dari peria boleh mengubati arthritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus, bengkak usus serta mengurangi masalah kaum wanita.

Ia juga membantu melawaskan pembuangan air besar.

Buah yang dimakan atau direbus dijadikan sebagai ubat antimikrob, antitumor, melegakan cirit-birit, mengecutkan otot, merawat kulit terbakar, kencing manis dan sakit perut. 


Kepada sesiapa yang ingin menjadikan sebagai salah satu hidangan makanan anda, anda bolehlah merendam ia kedalam air garam sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa pahit. Selamat mencuba. 

Saturday, October 11, 2014

Kebaikan Mas Cotek



              Siapa pernah dengar dengan perkataan Mas Cotek? Nama Mas Cotek tak asing lagi dalam dunia herba dan perubatan kan. Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan yang meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian.

              Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya. Bagi wanita jika diamalkan boleh mengecutkan saluran peranakan, merapatkan pintu rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.

               Daun Mas Cotek mempunyai dua jenis iaitu daun jantan dan daun betina. Jika dicampurkan kedua-duanya dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan ianya lebih berkesan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, keletihan dan juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ianya juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

  • Memperbaiki kerosakan urat saraf
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bagi wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat penyakit pneumonia
  • Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  • Kandungan flavonoid yang tinggi dapat mengekalkan keayuan dan awet muda, mencantikkan serta melicinkan kulit
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Membantu masalah keputihan bagi wanita
  • Melancarkan peredaran haid
  • Buasir
  • Senggugut
  • Sakit lutut
  • Demam atau selsema

“Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”   (Riwayat Abu Daud)

Sunday, September 15, 2013

Karipap pusing





Salam semua. Lamanya WMJ tak post apa-apa disinikan. Rasa malas nak menaip pun ada. Idea ada, tapi WMJ sibuk sikit sebelum ni, ialah sibuk dengan persiapan raya, bila sudah tiba raya pula banyak hadiri jemputan Open House & buat Open House dirumah sendiri pun ada juga hi hi..
            Mengenai gambar di atas, saja WMJ menempel disini. Minggu lepas WMJ saja buat karipap pusing ni. Ini kira pertama kalilah WMJ buat. Alhamdulillah jadilah juga walaupun tak berapa sempurna. WMJ cubalah cari-cari resepi di blog-blog yang ada. Karipap yang WMJ buat ni memang rapuh betul, terlebih marjerin lah ni, tapi kalau ikut sukatan yang diberi memang betul. Tetapi takpe, kita belajar dari pengalaman untuk membuat yang lebih baik. Takkan buat sekali dah pro kan. Kalau karipap biasa memang selalulah WMJ buat. Cuma kali ni WMJ nak cuba buat karipap pusing ni sendiri, jadi tak ianya berpusing ha ha...
            Kira menjadilah karipap ini, sebab anak-anak WMJ makan sampai habis. Malam terus tak nak makan nasi sebab dah kekenyangan makan karipap ni. Seronok rasanya bila anak-anak suka makan apa yang kita masak. Puan-puan, adik-adik yang nak buat silakanlah. Buatnya taklah rumit sangat. Dulu WMJ tengok cara diaorang buat memang terasa rumit dan payah. Tapi bila kita dah cuba buat sendiri taklah rumit sangat sebenarnya. Cuma mengambil masa sedikitlah dari masa kita buat karipap biasa. Bila kita dah dapat buat sendiri memang puas hatilah. Kalau kawan-kawan nak cuba, carilah resepi ini di google ye. Gambar  & cara-cara nak menyediakannya pun ada ditunjukkan. Selamat mencuba & memasak...

Tuesday, July 30, 2013

AYAM RAMBU RAMBA



 
       
            Salam semua. Hari ini WMJ nak bercerita tentang resepi yang WMJ olah sendiri. Tapi tak tahulah kalau ada yang pernah masak serupa begini. Tapi yang pasti WMJ masak mengikut hati sendiri. Mengapa ayam rambu ramba? sebenarnya WMJ sahaja letak nama demikian bagi melambangkan apa yang WMJ telah sediakan hariitu... ha ha...

Idea ini tercetus bila WMJ tidak tahu apakah yang harus dimasak untuk berbuka puasa nanti. Bila WMJ buka peti sejuk, terus WMJ belek dan lihat apa yang ada didalamnya. Emm... inilah hasilnya.. Ada yang ingin resepi ini? WMJ tidak tahulah jika gambar ini bagus dipandangan anda semua. Kalau ada yang berminat silalah salin ..

Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil & digoreng dengan serbuk kunyit serta sedikit tepung gandum (ikut berapa banyak isi ayam yang anda inginkan)

1 biji lada benggala (dipotong dadu)

1 biji bawang holand (dihiris memanjang)

1 ulas bawang putih (dicincang halus)

Nenas (WMJ guna yang dalam tin sahaja)



Cara memasak:
1. Panaskan kuali & tuangkan sedikit minyak sayuran (minyak apa-apapun boleh)

2. Tumiskan bawang putih & bawang holland sehingga layu.

3. Masukkan ayam, nenas dan lada benggala

4. Tuangkan sedikit air, gula, garam & bahan perasa (jika mahu).

5. Gaulkan sama rata dan biarkan ia sedikit kering.


Itu sahaja.. senang dan mudahkan. bagi anda yang pening kepala dan tidak tahu menu apa nak dimasak bolehlah gunakan resepi ini untuk tambahan lauk atau nak sediakan menu ini sahaja pun sudah memadai. Sedap dimakan dengan nasi kosong yang menggunakan beras wangi.




Monday, July 15, 2013

PEMANDANGAN DARI ATAS KERETA KABEL DI LANGKAWI


           Salam. Bersua kembali dalam arena blogging. Lamanya tak menaip. Ialah, kita sekarang didalam bulan Ramadhan. Selain dari menjalani ibadah puasa, banyak perancangan harus diuruskan. Nak cari pakaian raya untuk anak-anak, jahit langsir..ialah dah berapa tahun rasanya tak bertukar langsir..hi hi... Ialah WMJ ni low profile, tak suka nak membazir. Selagi boleh diguna pakai..kita akan pakai. Duit yang ada boleh digunakan untuk kegunaan keluarga seperti membelikan hadiah kepada ibu bapa, ibu & bapa mertua. Tidak semestinya pada sambutan hari lahir sahaja ada hadiah, hadiah yang diberikan adalah sebagai memperingati mereka yang telah banyak berjasa kepada kita. Memberi sedikit hadiah dapat membuat mereka ceria dan dihargai. Oklah WMJ nak sambung lagi cerita tentang perjalanan WMJ tempohari.




   
           Ini adalah gambar Feri yang akan kami naiki. Feri ni ada 3 lapisan tempat duduk, tiga tingkat kiranya. Feri ini boleh memuatkan 500 orang setiap kali perjalanan. Besarkan... pada tahun 2005 yang lepas, WMJ datang kesini hanya menaiki feri kecil sahaja. Bila masuk didalamnya terasa sangat sejuk tidak terkata. Semalam suami WMJ demam, tetapi pagi tu dah sihat sedikit, bila menaiki feri dalam keadaan sejuk begini suami WMJ terus demam semula. Kesian WMJ melihatkan. Kali ini kami dapat tempat duduk dibawah sekali. Disitu memang tak nampak apa-apalah, hanya mendengar cerita dari TV tapi tak boleh melihat kerana TV hanya ada ditingkat atas.




          
           Ini adalah gambar pemandangan dari dalam kereta kabel. Gambar ini dirakam ketika kami ingin turun ke stesyen. Ini adalah kali ketiga kami datang kesini. Atas permintaan kami bawalah keluarga kami yang belum pernah sampai kesini. Kali terakhir kami pergi kesini adalah pada tahun 2007. Banyak juga perubahan di Langkawi ini. Jika anda kesini seharusnya luangkan masa selama dua atau tiga hari penuh untuk memusing satu langkawi ini. Banyak aktiviti yang boleh anda ikuti disana.



             
            Cantikkan pemandangan disini. Jika anda ingin kesini pada hari biasa, masa lawatan adalah pukul 9.30 pagi yer. Pada hari minggu pula, ianya dibuka seawal jam 9 pagi. Pada masa ini WMJ pergi masa cuti sekolah. MasyaAllah makhluk Allah yang bernama manusia memang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Kalau anda tidak mahu berasak dan ingin privacy sedikit buatlah perancangan bukan pada hari cuti sekolah... Sekian untuk kali ini.

Friday, July 12, 2013

MERENTAS SEMPADAN MALAYSIA

            Salam semua, WMJ sambung lagi cerita tentang jalan-jalan tu yer. Hari ke-2, WMJ terus ke hujung utara iaitu negeri Perlis. WMJ sempatlah menyinggah ke Bukit Kayu Hitam. So kami pun masuklah ke plaza disempadan tuh... emmm tengok harga barang-barang disitu walaupun dikatakan duty free..tapi harga barang-barang tersebut lebih kurang je dengan supermarket yang ada di tempat kita ni seperti Giants, Econsave dan sebagainya. Tapi WMJ sempatlah sambar satu kotak jajan batang bersalut coklat dan ditaburi dengan kacang badam. WMJ tidak tahulah jika jajan tu ada dijual di Malaysia ataupun tidak. Harganya RM8.50 sekotak, tapi memang sedap dan panjang-panjang. Puaslah makan anak beranak. Tapi gambar tak sempat nak snaplah.. hu hu..


       Hari yang ketiga pula WMJ jenjalan ke sempadan lain pula iaitu di WANG KELIAN. Jalannya melalui anak-anak bukit dan berliku-liku macam ular kena palu..hu hu.. nasib baik tidak pening kepala.. Kami ingat kami je yang jalan ke situ, sekali dah sampai ke satu selekoh banyak pula kenderaan di depan dah macam rombongan pun ada.
      Signboard ni masih berada di lingkungan kawasan negeri Perlis lagi. Mungkin ada antara anda telah sampai kesinikan. Katanya pasar ni hanya boleh dimasuki tanpa pass pada hari Ahad sahaja.





      Berjalan sepanjang 500 meter, sampailah ke sempadan siam. Penat gak berjalan, nasib baik haritu tidak terlalu panas. Yang menyebabkan letih sangat sebab mendukung anak WMJ yang berumur 2 tahun setengah tu. Sabar jelah... hendak kata borong sakan tidak jugalah. Hanya untuk melihat-lihat keadaan disana sahaja. Yang bestnya dapat makan aiskrim buatan orang Siam (homemade). Aiskrim tersebut dimasukkan kedalam mangkuk dan ditaburi dengan jagung, kacang, buah-buahan yang dipotong dadu, dah macam makan ABC pun ada. Tapi memang terbaiklah... Di Malaysia WMJ tidak jumpa lagi aiskrim sebegitu. Lepasni bolehlah WMJ buka kedai buat aiskrim sama macam tu. Ha ha...




Hendak keluar dari sempadan nanti jumpalah papan tanda ini.

 


        Lepas berbelanja di Wang Kelian, kami menuju ke arah Padang Besar pula. Sampai disana, mak ai... ramainya orang... susah betul hendak dapatkan parking. Kereta berduyun-duyun masuk... So WMJ sorang sahaja yang turun berbelanja.. ha ha.. lagipun masa tu anak-anak tengah tidur dalam kereta, so hai hai bye bye lah...
       sambung lagi di episod akan datang.. hi hi stay tuned...