Tuesday, July 30, 2013

AYAM RAMBU RAMBA



 
       
            Salam semua. Hari ini WMJ nak bercerita tentang resepi yang WMJ olah sendiri. Tapi tak tahulah kalau ada yang pernah masak serupa begini. Tapi yang pasti WMJ masak mengikut hati sendiri. Mengapa ayam rambu ramba? sebenarnya WMJ sahaja letak nama demikian bagi melambangkan apa yang WMJ telah sediakan hariitu... ha ha...

Idea ini tercetus bila WMJ tidak tahu apakah yang harus dimasak untuk berbuka puasa nanti. Bila WMJ buka peti sejuk, terus WMJ belek dan lihat apa yang ada didalamnya. Emm... inilah hasilnya.. Ada yang ingin resepi ini? WMJ tidak tahulah jika gambar ini bagus dipandangan anda semua. Kalau ada yang berminat silalah salin ..

Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil & digoreng dengan serbuk kunyit serta sedikit tepung gandum (ikut berapa banyak isi ayam yang anda inginkan)

1 biji lada benggala (dipotong dadu)

1 biji bawang holand (dihiris memanjang)

1 ulas bawang putih (dicincang halus)

Nenas (WMJ guna yang dalam tin sahaja)



Cara memasak:
1. Panaskan kuali & tuangkan sedikit minyak sayuran (minyak apa-apapun boleh)

2. Tumiskan bawang putih & bawang holland sehingga layu.

3. Masukkan ayam, nenas dan lada benggala

4. Tuangkan sedikit air, gula, garam & bahan perasa (jika mahu).

5. Gaulkan sama rata dan biarkan ia sedikit kering.


Itu sahaja.. senang dan mudahkan. bagi anda yang pening kepala dan tidak tahu menu apa nak dimasak bolehlah gunakan resepi ini untuk tambahan lauk atau nak sediakan menu ini sahaja pun sudah memadai. Sedap dimakan dengan nasi kosong yang menggunakan beras wangi.




Monday, July 15, 2013

PEMANDANGAN DARI ATAS KERETA KABEL DI LANGKAWI


           Salam. Bersua kembali dalam arena blogging. Lamanya tak menaip. Ialah, kita sekarang didalam bulan Ramadhan. Selain dari menjalani ibadah puasa, banyak perancangan harus diuruskan. Nak cari pakaian raya untuk anak-anak, jahit langsir..ialah dah berapa tahun rasanya tak bertukar langsir..hi hi... Ialah WMJ ni low profile, tak suka nak membazir. Selagi boleh diguna pakai..kita akan pakai. Duit yang ada boleh digunakan untuk kegunaan keluarga seperti membelikan hadiah kepada ibu bapa, ibu & bapa mertua. Tidak semestinya pada sambutan hari lahir sahaja ada hadiah, hadiah yang diberikan adalah sebagai memperingati mereka yang telah banyak berjasa kepada kita. Memberi sedikit hadiah dapat membuat mereka ceria dan dihargai. Oklah WMJ nak sambung lagi cerita tentang perjalanan WMJ tempohari.




   
           Ini adalah gambar Feri yang akan kami naiki. Feri ni ada 3 lapisan tempat duduk, tiga tingkat kiranya. Feri ini boleh memuatkan 500 orang setiap kali perjalanan. Besarkan... pada tahun 2005 yang lepas, WMJ datang kesini hanya menaiki feri kecil sahaja. Bila masuk didalamnya terasa sangat sejuk tidak terkata. Semalam suami WMJ demam, tetapi pagi tu dah sihat sedikit, bila menaiki feri dalam keadaan sejuk begini suami WMJ terus demam semula. Kesian WMJ melihatkan. Kali ini kami dapat tempat duduk dibawah sekali. Disitu memang tak nampak apa-apalah, hanya mendengar cerita dari TV tapi tak boleh melihat kerana TV hanya ada ditingkat atas.




          
           Ini adalah gambar pemandangan dari dalam kereta kabel. Gambar ini dirakam ketika kami ingin turun ke stesyen. Ini adalah kali ketiga kami datang kesini. Atas permintaan kami bawalah keluarga kami yang belum pernah sampai kesini. Kali terakhir kami pergi kesini adalah pada tahun 2007. Banyak juga perubahan di Langkawi ini. Jika anda kesini seharusnya luangkan masa selama dua atau tiga hari penuh untuk memusing satu langkawi ini. Banyak aktiviti yang boleh anda ikuti disana.



             
            Cantikkan pemandangan disini. Jika anda ingin kesini pada hari biasa, masa lawatan adalah pukul 9.30 pagi yer. Pada hari minggu pula, ianya dibuka seawal jam 9 pagi. Pada masa ini WMJ pergi masa cuti sekolah. MasyaAllah makhluk Allah yang bernama manusia memang ramai termasuk pelancong dari luar negara. Kalau anda tidak mahu berasak dan ingin privacy sedikit buatlah perancangan bukan pada hari cuti sekolah... Sekian untuk kali ini.

Friday, July 12, 2013

MERENTAS SEMPADAN MALAYSIA

            Salam semua, WMJ sambung lagi cerita tentang jalan-jalan tu yer. Hari ke-2, WMJ terus ke hujung utara iaitu negeri Perlis. WMJ sempatlah menyinggah ke Bukit Kayu Hitam. So kami pun masuklah ke plaza disempadan tuh... emmm tengok harga barang-barang disitu walaupun dikatakan duty free..tapi harga barang-barang tersebut lebih kurang je dengan supermarket yang ada di tempat kita ni seperti Giants, Econsave dan sebagainya. Tapi WMJ sempatlah sambar satu kotak jajan batang bersalut coklat dan ditaburi dengan kacang badam. WMJ tidak tahulah jika jajan tu ada dijual di Malaysia ataupun tidak. Harganya RM8.50 sekotak, tapi memang sedap dan panjang-panjang. Puaslah makan anak beranak. Tapi gambar tak sempat nak snaplah.. hu hu..


       Hari yang ketiga pula WMJ jenjalan ke sempadan lain pula iaitu di WANG KELIAN. Jalannya melalui anak-anak bukit dan berliku-liku macam ular kena palu..hu hu.. nasib baik tidak pening kepala.. Kami ingat kami je yang jalan ke situ, sekali dah sampai ke satu selekoh banyak pula kenderaan di depan dah macam rombongan pun ada.
      Signboard ni masih berada di lingkungan kawasan negeri Perlis lagi. Mungkin ada antara anda telah sampai kesinikan. Katanya pasar ni hanya boleh dimasuki tanpa pass pada hari Ahad sahaja.





      Berjalan sepanjang 500 meter, sampailah ke sempadan siam. Penat gak berjalan, nasib baik haritu tidak terlalu panas. Yang menyebabkan letih sangat sebab mendukung anak WMJ yang berumur 2 tahun setengah tu. Sabar jelah... hendak kata borong sakan tidak jugalah. Hanya untuk melihat-lihat keadaan disana sahaja. Yang bestnya dapat makan aiskrim buatan orang Siam (homemade). Aiskrim tersebut dimasukkan kedalam mangkuk dan ditaburi dengan jagung, kacang, buah-buahan yang dipotong dadu, dah macam makan ABC pun ada. Tapi memang terbaiklah... Di Malaysia WMJ tidak jumpa lagi aiskrim sebegitu. Lepasni bolehlah WMJ buka kedai buat aiskrim sama macam tu. Ha ha...




Hendak keluar dari sempadan nanti jumpalah papan tanda ini.

 


        Lepas berbelanja di Wang Kelian, kami menuju ke arah Padang Besar pula. Sampai disana, mak ai... ramainya orang... susah betul hendak dapatkan parking. Kereta berduyun-duyun masuk... So WMJ sorang sahaja yang turun berbelanja.. ha ha.. lagipun masa tu anak-anak tengah tidur dalam kereta, so hai hai bye bye lah...
       sambung lagi di episod akan datang.. hi hi stay tuned...

Tuesday, July 9, 2013

SALAM RAMADHAN



Salam kepada semua yang sudi membaca artikel WMJ. WMJ juga ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia ini terutama rakan-rakan yang berada di Malaysia ini. Apa yang WMJ harapkan semoga ibadah yang kita lakukan akan diterima olehNya. Dan juga berharap kita semua boleh menjadi lebih baik dari semalam. Rebutlah peluang yang ada dengan menggandakan amalan yang datang hanya setahun sekali selama sebulan ini, selagi kita bernafas di bumi Allah yang fana ini (syukur Alhamdulillah).
         Malam ni jangan lupa niat untuk sebulan yer, manalah tahu ada hari-hari yang kita terlupa untuk berniat bolehlah cover untuk hari tersebut.. hi hi..SELAMAT BERSAHUR KEESOKAN PAGI. Assalamualaikum...

Sunday, July 7, 2013

Pemandangan dari Bukit Bendera




Ini adalah gambar train dari Bukit Bendera. Train ini sebenarnya ada 2 biji sahaja. Ia hanya jalan ke atas dan kebawah sahaja. Takde corner2..straight jer. Ia akan berhenti sekejap untuk tukar landasan kerana bagi laluan untuk train lagi satu berjalan.



 Ini adalah gambar train yang sudah sampai kedestinasi iaitu Bukit Bendera. Nampak tak ianya senget, ha ha...bukan senget ketepi yer tapi senget ke atas. Beginilah rupanya... ramai yang sibuk nak duduk kat depan sekali sebab nak tengok suasana ketika train ini turun. WMJ juga tak terkecuali, tapi dapat tengok secara meluas, sebab kat depan terlalu ramai orang termasuklah apek2 entah dari mana hu hu...



 Ini pula gambar pemandangan dari atas Bukit Bendera.. nampaklah 1/4 dari Pulau Pinang ni. Masa ni tgh waktu petang yer. Kat atas ni taklah sejuk sangat. Ketinggian Bukit Bendera ni lebih kurang 830 meter dari paras laut.


Dari sini juga kita dapat lihat pemandangan Jambatan Pulau Pinang. uuu begitu rupanya yer...mm..cantik tak? Kat atas ada lagi tempat menarik.. tapi WMJ malas nak naik keatas lagi... want to rest... banyak lagi perjalanan nak ditempuhi..... dapat naik Bukit Bendera ni dah kira oklah.. sampai juga kitaorang kesini.. anda sudahker? klu nak kongsi pengalaman kat sini pun boleh juga..WMJ on jer...

Wednesday, July 3, 2013

hai..

Salam semua...tak sempat WMJ nak habiskan artikel2 pasal jenjalan tu kan. Busy betul.... ni kira sempat tak sempat je nak menaip ni. Tapi untuk melepaskan rindu, WMJ cubalah menaip. Tapi ada ke yang nak baca entry WMJ ni. Macam syok sendiri je kan. Takpelah... ni kan alam maya... hi hi.. so pasal entry yg WMJ nak sambung tu entah bila WMJ nak masukkan yer... InsyaAllah bila ada kelapangan nanti WMJ cuba juga untuk postkan entri jenjalan itu.. hihi.. maaf ye semua...