Friday, October 24, 2014

Sotong Kecil Kering Dari Sabah


Siapa kenal nama sotong di atas? (WMJ saya pendekkan jadi MJ je ye). MJ sebenarnya taktau jenis sotong ni sotong apa, tapi MJ panggil sotong kecil kering sahaja. MJ beli sotong ni di pasar philipine di Kota Kinabalu Sabah haritu (maaf MJ tak sempat lagi nak tulis artikel ke sana). Sotong ni harganya RM35 sekilo. MJ pun tak pernah beli, so MJ pun belilah nak merasa macam mana.



Hariini MJ cuba masak sambal menggunakan sotong ini. Pastikan masak tak perlu letak garam ye, sebab sotong ni dah masin. Sebelum masak sotong ni, MJ rendamkan sekejap.



Lauk yang kedua adalah labu masak lemak sotong. MJ sahaja letakkan sotong ni dalam labu ni, nak try test kononnya. Oklah, rasa lemak-lemak sotong tu ada. sesiapa nak cuba, bolehlah beli sotong kering ini ye, kalau nak guna sotong kering yang lain pun ok. Cuma sotong ni yang bestnya ade telur kat dalam katanya. MJ telan jelah cuma bab yang bahagian hitam (macam ink) tu yang MJ tak makan. Ok, selamat mencuba.

Friday, October 17, 2014

Kebaikan Peria

 

Anda pernah makan peria? Mesti ramai yang tidak menggemarinya kan? Kerana apa, kerana rasanya yang pahit. Tetapi kepada sesiapa yang suka makan ulam-ulaman macam saya pasti tidak menolak untuk memakan peria ini, kerana khasiat yang banyak didalamnya.

    Disini MJ nak ceritakan serba sedikit tentang sayuran ini. Peria atau nama saintifiknya ialah Moordica charantia, ia merupakan sayur yang paling mendapat perhatian pakar perubatan moden.  Walaupun berasa pahit dan ramai yang tidak suka akan sayur ini, ternyata ia memunyai banyak kebaikan. Antara khasiat yang terdapat dalam sayur ini ialah ia mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.


Kebaikan peria

    Air rebusan peria digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh.

  • Bagi yang mengalami buasir, anda disarankan rebus daun peria dan campurkan ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat yang terkena buasir.

  • Bagi pengidapkencing manis pula, anda disarankan mengambil peria sebagai menu harian bagi menjaga kesihatan kerana ia mengandungi insulin yang berfungsi mengawal kadar glukosa dalam darah, caranya ialah minum perahan daripada 4 atau 5 biji peria setiap pagi. Bijinya dihancurkan dan dicampurkan ke dalam makanan.
    Bagi wanita yang baru bersalin pula, diyorkan mengamalkan makan peria ketika berpantang, kerana wanita yang melahirkan anak semestinya banyak kehilangan darah.

  • Pakar perubatan cina pula menggunakan air rebusan peria untuk merawat penyakit asthma dan haid yang lewat.

  • Peria juga dikatakan member manfaat dalam penjagaan kulit. Peria dapat menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana peria mengadungi cirri penulenan darah.

  • Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Apa yang perlu dilakukan ialah mencampurkan segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4 – 6 bulan.

     

Antara khasiat yang lain ialah :-

Jus yang diperbuat dari peria boleh mengubati arthritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan usus, bengkak usus serta mengurangi masalah kaum wanita.

Ia juga membantu melawaskan pembuangan air besar.

Buah yang dimakan atau direbus dijadikan sebagai ubat antimikrob, antitumor, melegakan cirit-birit, mengecutkan otot, merawat kulit terbakar, kencing manis dan sakit perut. 


Kepada sesiapa yang ingin menjadikan sebagai salah satu hidangan makanan anda, anda bolehlah merendam ia kedalam air garam sebelum dimasak untuk mengurangkan rasa pahit. Selamat mencuba. 

Saturday, October 11, 2014

Kebaikan Mas Cotek



              Siapa pernah dengar dengan perkataan Mas Cotek? Nama Mas Cotek tak asing lagi dalam dunia herba dan perubatan kan. Mas Cotek merupakan sejenis tumbuhan yang meliar dan menumpang pada pokok hutan dan kawasan perbatuan di pergunungan. Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltiodea dan tergolong dalam keluarga Moraceae merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian.

              Tumbuhan ini mempunyai khasiat yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit. Ianya terbukti sangat baik untuk kesihatan keluarga jika diamalkan meminum air rebusannya. Bagi wanita jika diamalkan boleh mengecutkan saluran peranakan, merapatkan pintu rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, rebusan daun Emas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan mengelakkan pengamal dari sakit kepala (migraine), stroke, juga berkesan untuk menyembuhkan dan memperbaiki kerosakan saraf.

               Daun Mas Cotek mempunyai dua jenis iaitu daun jantan dan daun betina. Jika dicampurkan kedua-duanya dengan bahagian batang, buah dan akarnya yang dikeringkan ianya lebih berkesan. Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit pneumonia (radang paru-paru), sakit pinggang, keletihan dan juga mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ianya juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Emas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Selain itu, ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Bila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Khasiat Mas Cotek yang lain adalah:

  • Memperbaiki kerosakan urat saraf
  • Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim bagi wanita selepas bersalin
  • Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi
  • Merawat penyakit pneumonia
  • Mampu merawat migrain, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi / rendah
  • Kandungan flavonoid yang tinggi dapat mengekalkan keayuan dan awet muda, mencantikkan serta melicinkan kulit
  • Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah
  • Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan
  • Membantu masalah keputihan bagi wanita
  • Melancarkan peredaran haid
  • Buasir
  • Senggugut
  • Sakit lutut
  • Demam atau selsema

“Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan penawar, dan dijadikan kepada setiap penyakit ada penawarnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”   (Riwayat Abu Daud)